Thursday, January 6, 2011

Kita lebih sayangkan handphone ...

Dalam era komunikasi dan maklumat dihujung jari, keperluan malah kadang-kadang menjadi ketaksuban kepada handphone/smartphone amat ketara. Tidak kira yang tua mahupun yang muda, yang bekerja mahupun yang menganggur, yang belajar di peringkat IPT mahupun bersekolah rendah semua inginkan handphone.

Tapi tanpa kita sedari, kita lebih sayangkan handphone kita berbanding dengan kitab kita!

  1. Kita membawa kemana sahaja handphone samada ke tempat kerja atau pun pergi bercuti di luar negeri tapi kita tinggalkan Al-Quran dirumah.
  2. Kita membelek dan "swipe" touch screen setiap minit tapi kita tak menyelak helaian dan naskhah juzuk-juzuk AL-Quran itu.
  3. Kita berpatah balik mengambil handphone jika tertinggal kerana kita rasa ia penting tapi kita tak pernah nak berpatah balik untuk Al-Quran.
  4. Kita menghadiahkan handphone kepada anak-anak apabila mereka masuk ke sekolah berasrama atau ke IPT tetapi kita tak pernah menghadiahkan mereka Al-Quran untuk jadi pedoman hidup mereka.
  5. Kita susah hati apabila handphone hilang tapi kita tak risau pun apabila Al-Quran hilang dari diri kita.
  6. Kita bermain 'game' di handphone untuk release tension tapi sebenarnya kita hanya perlu membaca Al-Quran untuk menenang jiwa.
Semoga kita semua boleh lebih menyayangi, membaca dan beramal dengan apa yang terkandung di dalam mukjizat yang paling agung berbanding dengan handphone kita!


Diubahsuai: IsuHangat

3 comments:

  1. @khydir,

    Handphone hanya sekadar medium yang saya guna untuk berhubung dalam perniagaan dan kehidupan seharian. Tidak lebih daripada itu.

    Selamat tahun baru, 2011. Moga tahun ini lebih bermakna dari tahun2 yang lepas.

    Khaidir

    ReplyDelete
  2. @khaidir eh .. Nama kita sama :)
    Saya pun guna utk kerja dan online mobile.

    Banyak benda saya simpan dalam henpon ni.

    Selamat tahun baru juga :)

    ReplyDelete
  3. ต้องลองครับ ผมดูหนังออนไลน์ที่เว็บหนังใหม่เว็บนี้ครับ ดู rom Bangkok to Mandalay ถึงคน…ไม่คิดถึง (2016) ได้ไม่สะดุดครับ

    https://www.doonung1234.com/

    ReplyDelete