Wednesday, November 24, 2010

TV AlHijrah: TV berciri Islamik untuk rakyat Malaysia


Media terkini untuk semua!

Dalam lambakan sumber berita dan cerita yang pelbagai sumber hari ini, kita memerlukan sumber media yang boleh mendidik diri kita yang semakin sibuk dengan urusan kerja dan urusan peribadi. Kita makin kurang masa untuk menuntut ilmu di surau atau masjid secara "lama" atau belajar di kelas-kelas atau kursus secara "moden".

Atas dasar itu, Al Hijrah Media Corporation akan melancarkan TV Al Hijrah bermula 7 Disember 2010/1 Muharram 1432 Hijrah ini!

Tujuan Penubuhan TV Alhijrah

  • Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
  • Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.
  • Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.
  • Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.
  • Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
  • Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam.

Antara rancangan yang bakal disajikan oleh TV Al Hijrah adalah Dr. Oz Show, City Sister, Tareeq Wa Shireen dan pelbagai lagi rancangan menarik.

Untuk permulaan, TV Al Hijrah hanya akan dapat ditonton oleh penduduk Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Jom kita nantikan bersama @TVAlhijrah

Sumber: TV Al Hijrah

0 comments:

Post a Comment