Sunday, January 16, 2011

EPL dalam 3D melalui Astro 3D!

Bagaimana rasanya kalau kita dapat menonton bola dalam format 3D pula?

Semenjak Astro merevolusikan siarannya melalui Astro B.yond iaitu Astro dalam format HD, hari ni mendapat tweet pula dari @astroonline yang mereka akan membawa buat pertama kalinya siaran bola EPL bukan sahaja dalam HD tetapi juga dalam format 3D!

Fuhhh ... tak dapat bayangkan bagaimana kalau dapat nonton EPL especially malam ni Tottenham vs Man United dalam format HD 3D. Tambah manis kalau dapat nengok Man United kalah pulak tu buat pertama kalinya. Dapat tengok Van Der Sar kutip bola secara 3D dari dalam gawangnya atau tengok @rioferdy5 kena kad merah secara 3D!

Tapi nak nonton dalam 3D ni ada kriteria yang perlu dipenuhi dahulu dan bukannya senang nak dipenuhi!
  1. Langgan Astro b.yond
  2. Langgan Sports Package
  3. Kena ada tv 3D format!
Yang terakhir tu yang berat sikit tu.

Jadi jika ada sesiapa yang memenuhi kriteria diatas, sila upload video ke Youtube untuk kita tengok bagaimana siaran dalam bentuk 3D ni.


Nota: Nak kena tukar ke TV 3D pulak ke?

0 comments:

Post a Comment