Sunday, October 31, 2010

khydir: check-in > check-out > check & balance



Salam sejahtera semua.

Saya telah kembali bersemangat untuk berblog semula. Jika sebelum ni beberapa blog saya berkubur di tengah kabel optik, kini saya kembali.

Sepanjang tempoh tidak berblog saya telah memikirkan apa tujuan sebelum ini saya berblog. Kenapa dahulu saya boleh berblog dengan konsisten melalui kbsoccernet.com, number10.my dan hydir.com? Kenapa tidak kini?

Masa mungkin salah satu faktornya tapi baru saya sedar. Saya telah lari dari tujuan asal saya berblog iaitu kepuasan dan tidak mengikut trend.

Saya tidak puas berblog dengan menggunakan platform wordpress. Tiada apa yang menarik yang boleh menyebabkan saya ingin terus membaikinya melainkan menukar plugin sahaja. Saya rasa mati menggunakannya. Monotonous!

Penggunaan server kononnya untuk menjadi blogger tegar juga merupakan langkah yang salah sebab tiada server provider yang lebih bagus melainkan blogspot itu sendiri. Kenapa nak risau dan tensen sebab blog down dan tak boleh login? Dalam kehidupan, banyak lagi perkara yang perlu di risaukan dan blog down sebab server bukan salah satu darinya!

Jadi saya kembali ke blogspot. Saya rasa bebas dan gembira kembali. Rejuvenated!

Blog ini hanya blog biasa-biasa je. Apa yang saya sampaikan adalah apa yang ingin saya sampaikan.
Check-in > Check-out > Check & Balance menjadi motto blog ini. Kenapa? Kerana itu yang kita sentiasa lakukan seharian dalam hidup kita.

Selamat berblog!

5 comments:

  1. First....pertamaxxxx...hahhaa

    Buat blog untuk kepuasan diri, itu paling penting...mcm aku no longer care about seo, traffic apa sume tuh...asalkan ada orang suka baca artikel aku itu dah cukup

    ReplyDelete
  2. @EiNS yup .. itu yg aku hilang selama ni. Sibuk kejar trafik, seo last2 aku rasa itu bukan diri aku sebenarnya :)

    ReplyDelete
  3. sy tak kisah pun org baca ke tak blog sy.. hehe.. sy berblog utk kepuasan diri sendiri.. klu org baca okla kan.. org yg risau server down tu semua sbb derang cari mkn guna blog.. sy cuma mkn sambil baca blog... hehe..

    gudluck bro!!

    ReplyDelete
  4. @melamyra haha .. itu le kesilapan saya dulu. Saya lupa yg berblog ni sepatutnya enjoy dan bukan keutamaan tertinggi :)

    Thanks @melamyra

    ReplyDelete
  5. wohoo kat sini rupanya bro. ingat hilang trus rupa2nya masih terus menulis :)

    kadang2 bila jauh kita berjalan, ada sesekali kita perlu toleh kebelakang. sebab kita mudah tersasar.

    harap bro terus menulis macam biasa tanpa sebarang bentuk paksaan artau tekanan. secara peribadinya aku sendiri kurang suka wadah bacaan yang berat topiknya, lebih santai lebih bermakna ;)

    ReplyDelete