Thursday, November 11, 2010

Mahalnya teksi hotel!

Baru tamat kursus 3 hari di UKM, Bangi.

Sepanjang 3 hari berkursus di UKM-MTDC Bangi, banyak perkara yang dipelajari. Menambah ilmu tentang HACCP dan Food Safety memang membuka mata sebagai manufacturer dan juga sebagai consumer. Petang tadi pun baru je habis mengambil exam untuk HACCP Certification ini. Lega rasanya .. :)

Disebabkan datang ke program ni dengan flight dan duduk pula di Palm Garden Hotel, Putrajaya; satu-satunya cara pengangkutan untuk ke UKM hanyalah dengan menggunakan teksi yang memang dah chartered ambil penumpang kat sini.

Teksi-teksi ini tak menggunakan meter sebab mungkin teksi hotel diorang dah tetapkan caj diorang untuk ke tempat-tempat tertentu. Bila ditanya harga perkhidmatan teksi ini ..

  1. Putrajaya ke UKM Bangi - RM40 satu hala
  2. Putrajaya ke KLIA - RM80 satu hala
  3. Putrajaya ke Terminal bas Bukit Jalil - RM50 satu hala
Tambang ERL yang jauh lebih murah berbanding teksi
dan perbelanjaan teksi je untuk 3 hari ini adalah RM720 untuk 3 hari disini sahaja untuk 2 teksi! Mahal tu! Rasa macam tak berbaloi je gunakan teksi tapi apakan daya .. dah terpaksa!

Esok balik kalau gunakan teksi ke KLIA adalah RM80 tetapi kalau gunakan @ExpressRailLink hanya RM6.20! Macam langit dengan bumi beza harganya. 

Owh .. rasa lain kali baik cari kereta sewa berbanding gunakan teksi jika ada program lagi di Kuala Lumpur. Rasa sungguh tak berbaloi.

Sungguh tak berbaloi :p 

Terima kasih @UKMNewsportal di atas segala hospitaliti sepanjang 3 hari kursus di sana. 

Jejak @foursquare 
Jangan lupa check in di UKM-MTDC
dan Palm Garden IOI Resort Putrajaya

3 comments:

  1. series mahal gila. dari bazirkan duit macam tu, better bawak kereta sendiri, then sediakan garmin. kalau nak di ikutkan kalau kita tak tahu jalan, charge teksi en hydir tu dah cukup untuk dapatkan satu GPS Garmin. Lebih dari memadai untuk pakai pada masa akan datang. haha~

    ReplyDelete
  2. nasib baik boleh claim.lega sikit :p

    ReplyDelete
  3. sewa kereta untuk 3 hari - dalam rm 300. Minyak RM 50 - boleh lenyan sesuka hati nak pergi mana² di luar waktu kursus.

    tapi boleh claim... kes lain dah tu!

    ReplyDelete